empty
 
 
12.04.2019 10:49 AM
Fed berhasrat untuk tidak menaikkan kadar faedah buat sementara waktu (kesinambungan aliran menaik pada pasangan mata wang EURUSD dan AUDUSD)

Pada Khamis, pengumuman keputusan laporan inflasi perindustrian Amerika Syariakt (AS) yang kuat seolah-olah telah mengejutkan beberapa peserta pasaran, yang sebelum ini yakin sepenuhnya bahawa inflasi di Amerika Syarikat akan secara beransur-ansur menurun atau paling baik mengukuh sekitar tahap yang dicapai lebih awal.

Menurut laporan yang dikeluarkan, indeks harga pengeluar pada asas tahunan naik dengan ketara pada bulan Mac kepada 2.2% berbanding jangkaan kenaikan 1.9% dan semakan semula lebih rendah pada nilai tahunan Februari sebanyak 1.9%. Pada asas bulanan, inflasi perindustrian meningkat dengan ketara pada bulan Mac sebanyak 0.6% berbanding jangkaan yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 0.3% dan bacaan Februari pada 0.1%. Peningkatan mendadak ini disebabkan oleh kenaikan harga dalam sektor tenaga dan makanan di Amerika Syarikat.

Oleh itu, faktor apakah yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan ketara dalam kadar dolar AS dan kegembiraan dalam pasaran pertukaran asing pada Khamis? Ini adalah peningkatan mendadak dalam inflasi perindustrian, di mana jika ia berterusan, pasti akan merangsang peningkatan dalam inflasi pengguna. Dalam kes ini, Fed akan berdepan dengan kesukaran untuk menjelaskan keinginan mereka untuk menghentikan kenaikkan kadar faedah yang lebih tinggu buat seketika waktu, yang telah mereka jelaskan pada sebelum ini.

Selepas CPI bagi bulan Februari menyaksikan penurunan kepada 1.5% pada asas tahunan, pasaran mula mengatakan bahawa Rizab Persekutuan (Fed), terhadap cabaran luar, Brexit, perang perdagangan dengan China, dan kemerosotan hubungan perdagangan dengan Eropah tidak hanya akan menghentikan proses meningkatkan kadar faedah, tetapi juga akan bergerak untuk mengurangkannya. Peningkatan mendadak dalam indikator kepada 1.9% menghampiri sasaran 2.0% membuatkan anda tertanya-tanya jika pengawal selia tidak terlalu cepat meninggalkan rancangannya untuk dasar kewangan. Dengan cara ini, kami memerhatikan bahawa mesyuarat terakhir pengawal selia Amerika mendedahkan bahawa masih terdapat 6 berbanding 11 ahli yang membenarkan kenaikan kadar faedah utama. Dan ini bermakna jika inflasi terus meningkat, maka bank akan sekali lagi mula bercakap tentang keperluan untuk meningkatkan kos pinjaman.

Terdapat soalan yang munasabah. Jadi apa yang anda harapkan daripada dolar AS? Adakah ia akan meningkat atau sebaliknya?

Pada pendapat kami, selain bacaan laporan inflasi, Fed akan membawa mereka "pensil", tetapi tidak akan melakukan apa-apa, terus memantau keadaan. Ia akan bertindak balas apabila semuanya berubah menjadi trend. Pada masa yang sama, kami menjangka tempoh pengukuhan pasangan mata wang utama, yang terdapat dalam pasaran mata wang, di mana dolar AS mungkin akan meneruskan kenaikkan.

Ramalan hari ini:

Pasangan mata wang EURUSD ini dilihat meneruskan dagangan mendatar. Ia telah meningkat di atas tahap 1.1285 dan berkemungkinan akan terus naik lebih tinggi ke tahap 1.1325, jika ia mengukuh di atas tahap ini.

Sementara itu, pasangan mata wang AUD/USD ini menemui sokongan yang terletak pada tahap 0.7125. Jika harga berada di atas tahap tersebut, kita harus mengharapkan kenaikkan semula harga ke tahap 0.7175 selepas menembusi tahap 0.7140.

This image is no longer relevant

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget