empty
 
 
20.09.2021 08:29 AM
Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 20 September, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan penurunan mendadak pada Jumaat lalu, yang membuka peluang yang baik untuk para pedagag membuka pesanan menjual. Dan untungnya ia bertepatan dengan garis MACD menurun dari sifar, oleh yang demikian, harga jatuh seperti yang diramalkan.

Dijadualkan akan terdapat pengumuman laporan mengenai PPI dari Jerman pada hari ini, yang menunjukkan penurunan pada bulan Ogos. Sekiranya indikator ternyata lebih buruk dari yang dijangkakan, tekanan pada aset berisiko akan kembali. Akan ada juga ucapan dari anggota ECB, yang mungkin menambah tekanan kepada pasangan mata wang ini. Tetapi di sebelah petang, pasaran berkemungkinan akan diniagakan dengan tenang ekoran ketiadaan statistik AS akan memaksa pedagang untuk mengambil langkah tunggu dan lihat. Data mengenai pasaran perumahan akan diterbitkan, tetapi ia tidak mungkin akan mempengaruhi dolar AS dengan ketara, walaupun sebahagiannya dapat menyokongnya.

This image is no longer relevant

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.1742 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1789 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang ini dijangka akan meningkat lebih tinggi sekiranya inflasi di Jerman mencatatkan bacaan melebihi jangkaan. Tetapi sebelum membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Mungkin juga untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1704, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.1742 dan 1.1789.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.1704 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1654. Penurunan harga akan berlaku sekiranya Jerman mengeluarkan laporan inflasi yang lemah dan jika ECB mengambil pendekatan konservatif mengenai pengurangan dasar. Tetapi sebelum menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Boleh juga membuka pesanan menjual pada tahap 1.1742, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.1704 dan 1.1654.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget