empty
 
 
30.11.2021 09:42 AM
Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 30 November

Analisis urus niaga pasangan mata wang GBP/USD

Terdapat sejumlah besar isyarat untuk memasuki pasaran semalam. Tahap kemasukan pesanan pertama telah dibentuk pada awal hari. Ujian pertama pada tahap 1.3325 berlaku apabila indikator MACD jatuh melebihi paras sifar, yang mengehadkan potensi penurunan harga untuk pasangan mata wang ini. Oleh itu, ia kekal hanya untuk menunggu pelaksanaan senario kedua, yang berlaku. Ujian ulangan pada tahap 1.3325 selepas tempoh masa yang singkat berlaku semasa indikator MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), yang membawa kepada pembentukan isyarat kemasukan pesanan beli. Pertumbuhan harga adalah sekitar 30 mata.

Keadaan yang sama berlaku pada sebelah petang dengan ujian harga pada tahap 1.3325, tetapi kemudian pertumbuhan pound tidak berlaku, yang membawa kepada penetapan kerugian. Pada penghujung hari, tahal kemasukan pesanan membeli yang baik untuk pound telah dibentuk pada tahap 1.3288, yang kami telah nyatakan pada ramalan semalam. Pertumbuhan harga adalah kira-kira 20 mata.

This image is no longer relevant

Hari ini, tiada juga laporan statistik penting yang dijadualkan akan dikeluarkan, oleh yang demikian, pembeli berkemungkinan besar akan cuba membetulkan keadaan selepas penurunan semalam dalam pound pada sebelah petang. Jika ia gagal untuk menembusi di atas tahap 1.3330 dengan cepat, tekanan pada instrumen dagangan akan kembali dan keseluruhan perkiraan akan berada pada sebelah petang apabila beberapa laporan statistik ekonomi AS dikeluarkan. Ia adalah perlu untuk membiasakan diri dengan indikator keyakinan pengguna AS, yang mana ia diramalkan akan mencatatkan penurunan. Sekiranya data mengecewakan pedagang, tekanan terhadap dolar AS akan meningkat. Menarik juga untuk mendengar apa yang akan diberitahu oleh Pengerusi Fed Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen. Sistem Rizab Persekutuan dijangka menggunakan dasar mengetatkan dan mula menyekat program pembelian bon dengan lebih agresif - isyarat kenaikan harga untuk dolar AS.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap masuk sekitar 1.3330 (garis hijau pada carta) dengan mensasarkan kenaikan ke tahap 1.3386 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pada tahap 1.3370, pedagang disyorkan untuk keluar dari pembelian dan membuka pesanan menjual dalam arah yang bertentangan (dengan mengandaikan pergerakan 15-20 mata dalam arah yang bertentangan dari tahap). Adalah mungkin untuk menjangkakan pertumbuhan hanya pada separuh pertama hari ini dan kemudian, dengan mensasarkan pembetulan menaik kecil untuk pasangan mata wang ini. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan indikator MACD berada di atas tanda sifar dan baru memulakan pertumbuhannya.

Ia juga adalah mungkin untuk membeli pound pada hari ini jika harga mencapai tahap 1.3305, tetapi pada masa ini indikator MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), yang akan mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang ini dan membawa kepada pembalikan menaik pasaran. Kita boleh menjangkakan pertumbuhan harga ke tahap bertentangan 1.3330 dan 1.3370.

Untuk pesanan menjual:

Kemasukan pesanan menjual pound hanya boleh dipertimbangkan hari ini selepas ia mengemas kini tahap 1.3305 (garis merah pada carta), yang akan membawa kepada penurunan mendadak pasangan mata wang GBP/USD. Sasaran utama penjual ialah tahap 1.3271, di mana ia disyorkan untuk keluar dari pesanan menjual dan segera membuka pesanan membeli dalam arah yang bertentangan (engan mengandaikan pergerakan sebanyak 15-20 mata dalam arah bertentangan dari tahap). Adalah lebih baik untuk menjual pasangan mata wang ini semasa pertumbuhan memandangkan arah aliran masih menurun. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum menjual, sila pastikan indikator MACD berada di bawah tanda sifar dan baru memulakan penurunannya.

Ia juga adalah mungkin untuk menjual pound hari ini jika harga mencapai tahap 1.3330, tetapi pada masa ini indikator MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), yang akan mengehadkan potensi pertumbuhan harga pada pasangan mata wang ini dan membawa kepada pasaran pembalikan menurun. Kita boleh menjangkakan penurunan harga ke tahap bertentangan 1.3305 dan 1.3271.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget