empty
 
 
27.01.2022 10:05 AM
Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 27 Januari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat untuk kemasukan pesanan menjual muncul selepas pasangan mata wang EUR/USD mencapai paras 1.1205. Secara kebetulan, garis MACD berada di bawah sifar, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah turun lebih daripada 20 pip. Tiada isyarat lain muncul sepanjang hari.

This image is no longer relevant

Data mengenai imbangan perdagangan asing AS, inventori borong dan jualan rumah mencatatkan bacaan seperti yang dijangkakan, oleh itu, volatiliti naik pasaran tidak serius semalam. Bagaimanapun, pendirian Fed terhadap kadar faedah kekal tidak berubah, jadi tekanan kembali ke atas aset berisiko. Ia telah mendorong kepada satu lagi penurunan pasangan mata wang EUR/USD.

Tetapi oleh kerana ketiadaan laporan statistik yang akan dikeluarkan di zon Eropah hari ini, terdapat kemungkinan selepas harga mencecah paras rendah tempatan, penurunan harga akan mengetepikan dan mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga AS mengeluarkan laporan baharu mengenai ekonominya. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ke-4 yang kukuh akan mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk dolar, yang akan menolak pasangan mata wang EUR/USD ke tahap yang lebih rendah. Data mengenai pesanan barangan tahan lama dan tuntutan pengangguran akan memberikan sedikit kesan ke atas pasaran.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1230 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1256. Kenaikan harga diramalkan, tetapi hanya pada sebelah pagi kerana data KDNK AS yang kukuh berkemungkinan akan dikeluarkan semasa sesi dagangan AS. Jika ini berlaku, tekanan akan kembali kepada pasangan mata wang ini.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1209, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1230 dan 1.1256.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1209 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1180. Kekurangan aktiviti kenaikan harga akan membawa kepada penurunan harga pada pasangan mata wang ini.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.1230, bwalau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1209 dan 1.1180.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget